Selasa, 31 Mac 2009

6. Sarjana

Kami di Etiqa Takaful sedia memahami keperluan hidup anda, malah turut juga prihatin terhadap masa depan dan kehidupan anak-anak anda. Mereka bukan sekadar menerima pendidikan yang sewajarnya, kami turut pastikan anak-anak anda dilindungi sepenuhnya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atasnya.

Manfaat Perlindungan

  • Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu.
  • Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannya yang terkumpul.
  • Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.

Manfaat SampinganPendahuluan Dana Pendidikan - Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang.

Manfaat MatangApabila kontrak ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.

Manfaat Perlindungan Komprehensif - Manfaat sampingan perlindungan berikut boleh disertai dengan sumbangan tambahan.

  • Rider Bertempoh (Juvana Sahaja)
  • Rider Penyakit Kritikal (Pembayar Sahaja)
  • Rider Manfaat Hospital (Pembayar dan Juvana)
  • Rider Pampasan Kemalangan (Pembayar Sahaja)
  • Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan (Pembayar dan Juvana)
  • Rider Manfaat Pembayar (Pembayar Sahaja)
  • Rider Manfaat Pendapatan keluarga (Pembayar Sahaja)
  • Tabungan Tambahan

Kelayakan Penyertaan
Had Umur : Sehingga 17 tahun
Tempoh Penyertaan : 5 hingga 24 tahun
Umur Pada Tarikh Matang : 13 hingga 25 tahun
Perlindungan Minima : RM 10,000
Sumbangan Minima : RM 600 setahun (Asas dan Tabungan Tambahan)

Pembahagian Keuntungan / Lebihan
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Takaful Nasional Sdn Berhad.
Peserta berhak menerima keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan dari Akaun Khas Peserta (Jika ada).

Pengecualian Cukai PendapatanKontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

5. Warisan

Harapan kami agar warisan dapat dikekalkan sehingga ke akhir hayat agar generasi masa akan datang dapat menikmati kehidupan penuh bermakna. Etiqa Takaful memahami kehendak sebenar anda ini demi menjalin sepenuhnya aspirasi dan harapan, kami telah merangka satu pelan yang membantu anda demi masa depan.

MANFAAT
Membolehkan perlindungan diteruskan sehingga umur 88 tahun walaupun sumbangan telah tamat.Itulah dia kelebihan produk Etiqa Takaful.

Di akhir tempoh kontrak jumlah Akaun Peserta akan dipulangkan bersama perkongsian keuntungan daripada akaun peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

Penyertaan kanak-kanak berumur dari 6 bulan dibolehkan dengan perlindungan hingga ke tahap RM200,000.

Sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan dan Akaun Peserta Terkumpul serta keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya hilang upaya, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh hilang upaya.

KELAYAKAN PENYERTAAN
Had Umur : 6 bulan hingga 60 tahun

4. Ehsan

Di Etiqa Takaful, kami yakin setiap keperluan masing-masing sungguh berbeza-beza. Oleh itu, kami cuba untuk memahami setiap keperluan anda agar kami dapat memberikan anda satu cara yang paling sesuai dengan menyediakan pelan yang khusus demi anda. Kini semuanya mampu memiliki perlindungan tidak kira siapa jua diri anda.

MANFAAT
Manfaat kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh takaful.

TEMPOH/SUMBANGAN/UMUR
Tempoh perlindungan dan sumbangan adalah sama iaitu dalam pilihan tempoh gandaan 5 tahun dari serendah 5 tahun hinggalah 30 tahun.

Sumbangan terendah ialah RM360 setahun. Umur peserta mestilah dari 18 tahun (genap) hingga 55 tahun (harijadi akan datang)

3. Mesra

Adakah anda sedang merancang masa depan anda? Kami di Etiqa Takaful sentiasa memahami kehendak anda agar kami dapat membantu anda dengan menyediakan keperluan anda yang anda idamkan.

Ini dengan membanut anda menyimpan serta memberikan anda perlindungan yang anda perlukan agar anda dapat menenteramkan jiwa untuk hidup lebih bahagia.

MANFAAT
Manfaat Mesra dibayar jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh dan bagi hilang upaya kekal menyeluruh manfaat akan dibayar secara beransur-ansur selama 5 tahun sebanyak 10% setahun dan ansuran terakhir pada kadar 60%.

SUMBANGAN
Jumlah sumbangan tahunan yang akan dibayar akan menentukan amaun perlindungan yang diperolehi dengan didarabkan dengan pendarab jadual yang berasaskan pada umur dan tempoh perlindungan. Nisbah sumbangan bagi simpanan adalah lebih apabila tempoh kontrak meningkat.

2. Prima

Kami di Etiqa Takaful sentiasa ingin membantu anda mencapai matlamat hidup. Kami mengutamakan keperluan anda dan menyediakan pelan yang sungguh bersesuaian untuk setiap keperluan anda. Kini anda bakal mencapai impian penuh gemilang.

MANFAAT
Jumlah perlindungan sepenuhnya akan dibayar dalam tempoh kontrak berkuatkuasa sekiranya berlaku kematian.

Sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan serta Akaun Peserta Terkumpul dan keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya hilang upaya, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh hilang upaya.

Manfaat Survival-Setiap 3 tahun bermula dari akhir tahun ketiga kontrak. 10% dari amaun perlindungan berdasarkan pulangan pelaburan 4% setahun.

Baki manfaat survival berjadual termasuk Akaun Peserta serta keuntungan Akaun Peserta dan Lebihan Akaun Khas Peserta.

Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyerahan.

Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam 'peruntukan bukan lucuthak' untuk meneruskan penyertaan.

KELAYAKAN PENYERTAAN
Had Umur : 6 Bulan hingga 54 tahun (pada tarikh lahir akan datang)

1. Sakinah

Kami di Etiqa Takaful sentiasa meneroka apa sahaja keperluan anda sambil saling menyempurnakan apa sahaja hajat di hati. Kerana kami begitu memahami keperluan masing-masing tidak sama; jadi kami mudahkan dengan menjadi lebih fleksibel demi anda memenuhi impian hidup.

Etiqa Takaful Sakinah menawarkan dua jenis pelan yang dapat memberi pilihan kepada mereka yang ingin menyertainya.

TN Sakinah 1
Memberi elemen perlindungan dan simpanan. Peserta atau Pasangan akan menerima bukan sahaja manfaat perlindungan bagi Kematian dan Hilang Upaya Kekal secara sekaligus, tetapi juga nilai terkumpul Akaun Peserta.

TN Sakinah 2
Memberikan elemen perlindungan bagi Kematian dan Hilang Upaya Kekal kepada peserta atau pasangan yang dilindungi. Amaun manfaat 100% akan diberikan kepada pasangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal yang pertama.
Manfaat Pilihan/Rider

TN Sakinah 1

TN Sakinah 1 – Bertempoh dengan Simpanan
TN Sakinah 2 – Bertempoh

Manfaat

  • Manfaat Kematian & Keilatan Akibat Kemalangan
  • Manfaat Indemniti Kemalangan
  • Manfaat Hospital
  • Penyakit Kritikal
  • Rider Bertempoh

TN Sakinah 2

  • Manfaat Kematian; Keilatan Akibat Kemalangan
  • Manfaat Indemniti Kemalangan
  • Manfaat Hospital
  • Penyakit Kritikal

Sumbangan
Sumbangan minimum tahunan sebanyak RM 600.00.
Pilihan Sumbangan boleh dibuat sama ada dalam bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.


Kelayakan Penyertaan
Peserta Pertama: Minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun.
Peserta Kedua: Minimum 90 hari dan maksimum 60 tahun.

Khamis, 26 Mac 2009

Baca dulu..

PENGERTIAN TAKAFUL

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'

Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah

...MUNGKIN HARI INI KITA SIHAT BAGAIMANA DENGAN ESOK DAN HARI YANG MENDATANG...
...BAGAIMANA DENGAN KELUARGA YANG BERGANTUNG HARAP KEPADA ANDA...
...BAGAIMANA PULA DENGAN KELUARGA ANDA TINGGALKAN...


ANDA SAYANG DIRI ANDA
KELUARGA ANDA!!!

APA YANG ANDA SUDAH LAKUKAN UNTUK MEREKA

Kami di etiqa takaful boleh membantu anda :
> Percayakah anda dengan hanya RM3 hingga RM5 sehari anda sudah menyediakan tabungan dan
pelindungan untuk perancangan kewangan hari esok.
> Pengeluaran dibenarkan tanpa menjejaskan amaun perlindungan
> Setiap pelaburan dikawal selia oleh majlis pengawasan syariah (Dato’Seri Hj Harussani Bin Zakaria)
> Pengeluaran zakat pada setiap tahun dan pengecualian cukai pendapatan
> Khairat kematian
> Pampasan kemalangan
> Manfaat harian hospital dan M/C akan dibayar
> Manfaat hilang upaya kekal akan dibayar
> Manfaat penyakit kritkal (36 jenis)

TAHUKAH ANDA TENTANG KOS RAWATAN YANG SENTIASA MENINGKAT SETIAP TAHUN.

Adakah anda sudah bersedia untuk kos rawatan yang mungkin anda hadapi...
Dengan memiliki KAD MEDIC SAVE RIDER KAMI anda layak mendapat seperti berikut

> Mendapat rawatan yang selesa/sempurna/pantas
> Kos rawatan ditanggung sehingga Rm100 000 setahun
> Rawatan dialisis buah pinggang sehingga Rm72000 setahun
> Rawatan barah sehingga Rm 72000 setahun
> Pemindahan organ sehingga Rm50000 seumur hidup
> Khidmat nasihat dari pakar
> Manfaat khairat kematian tambahan
> Segala jumlah manfaat mungkin berubah mengikut pelan yag ditawarkan oleh etiqa takaful berhad(pelan 1-pelan 6)

Dengan peningkatan kos pembelajaran hari ini adakah anda sudah bersedia untuk menghadapinya
demi masa depan anak anda.

“KECEMERLANGAN ANAK ANDA DITANGAN ANDA”
> Menyediakan plan tabungan pendidikan dan perlindungan yang komprehensif
> Manfaat Khairat kematian, hilang upaya dan manfaat hospital
> Manfaat pembayar sekiranya pembayar meninggal atau hilang upaya.
> Anugerah intelek untuk anak-anak yang cemerlang dalam exam
> Pengeluaran wang tabungan 3 tahun sebelum polisi matang

“ REBUTLAH LIMA PERKARA
SEBELUM DATANG LIMA PERKARA ”


REBUTLAH PELUANG INI SEMENTARA ANDA MASIH LAYAK MEMILIKINYA
...simpanlah sedikit pendapatan kita untuk kegunaan dimasa kita amat memerlukanya nanti...


UNTUK PENERANGAN DENGAN LEBIH JELAS ANDA BOLEH HUBUNGI/SMS/EMAIL SAYA..


Email : etiqakudat@gmail.com
Hp : 019 8714941

"kemudahan insan asas kami"